Monday, April 13, 2009

Swimathon Pulau Kapas Marang



Gambar 1 : bersama seorang rakan dan anak pd hari pendaftaran
Gambar 2 : peserta2 dari Bandar Baru Bangi
Gambar 3 :
sebelum pertandingan bermula
Gambar 4 : peserta2 berlepas

Hari ini tak ada tips untuk belajar renang. Hari ni nak cerita pasal pertandingan yg aku masuk. Pertandingan open water (laut terbuka). International Swimathon Pulau Kapas Marang 2009. Pertandingan yg dianjurkan oleh triathlonmalaysia.com dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu. Pertandingan seumpama ini telahpun diadakan selama 6 tahun berturut-turut. Tahun ini merupakan tahun yang kedua aku menyertainya. Saja suka-suka. Nak enjoy berenang tanpa sempadan kata orang. Ianya memakan jarak 6.5km. Bermula dari Pulau Kapas dan berakhir di Pantai Kelulut, Marang Terengganu.
Pada tahun ini jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 225 orang yang datangnya dari 11 negara. Yang paling gempak, ialah kehadiran seorang peserta dari USA. Kenapa aku kata gempak? Sebab dia datang ke sini menggunakan jet peribadinya sendiri semata-mata nak masuk pertandingan ni..kerja gila! Kan bagus kalau dia berenang saja kat kolam. Tapi itulah yang dinamakan minat. Minat memang boleh buat orang jadi 'gila'. Termasuklah aku. Dah tau tak boleh menang, tapi gatal nak masuk jugak! Mana nak menang, yang masuk tu kebanyakkan bekas-bekas perenang negara, perenang profesional, perenang-perenang dari kelab-kelab. Pendek kata hampir kesemua mereka ada latar belakang sebagai perenang. Aku? Hanyalah seorang insan yang boleh berenang ketika usia telah dewasa. Ala ala gitu....
Pada tahun lepas aku mencatat masa 2jam 56minit untuk kategori men 36-49 dengan menduduki tempat ke 39..hu hu. Bangga jugak aku yang tak ada latar belakang sebagai swimmer dari kecil.
Tahun ini aku berazam untuk memperbaiki catatan masa tahun lepas. Sekurang-kurangnya dapat menamatkan renangan dalam masa 2 jam 15 minit. Setelah berlatih selama 3 bulan, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Punya berdebar. Bila tembakkan dilepaskan sebagai menandakan pertandingan telah bermula, aku pun berenang dengan semangat. Bersaing beramai-ramai. Tetapi pada tahun ini aku dapati ombak terlalu besar. Arus terlalu kuat. Aku menghadapi masalah menetapkan laluan aku. Sekejap marking ballon berada di sebelah kiri, sekejap berada di sebelah kanan. Something is wrong ni, getus hatiku semasa sedang berenang. Aku dapati lambat sangat aku nak sampai. Pantai Kelulut nampak masih jauh, tapi aku rasa aku dah berenang terlalu lama. Aku gagahi juga meneruskan renangan aku. Terpaksa beb! Bukan boleh berhenti-henti macam naik basikal atau berlari. Berhenti berenang bermakna nak cari nahas! Akhirnya setelah berhempas pulas, aku dapati diri aku semakin menghampiri pantai kelulut. Aku dapat melihat khemah-khemah yg didirikan di pantai kelulut dengan jelas, aku dapat melihat penonton yang berada di tepi pantai dengan jelas. Aku dapat mendengar suara dari audio yang dipasang di pantai dengan jelas. Hati cukup gembira. Aku agak dalam 1km lagi aku akan sampai. Tetapi kenapa tiba-tiba aku dapati semua panorama itu semakin lama semakin jauh dan semakin jauh. Bukannya semakin dekat. Aku mula kehairanan. Bermimpikah aku? Tidak! tidak! Aku bukan bermimpi! Aku dalam pertandingan! Terus berenang! Terus berenang! Aku menguatkan semangat. Sedangkan tenaga aku semakin kurang. Aku sudah tak keruan. Aku tidak dapat berfikir lagi. Mungkin sudah terlalu lama berada di dalam air agaknya. Aku tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Sedang fikiran aku berkecamuk tu, lalu lah sebuah kayak di tepi aku. Apa lagi, aku terus jerit minta air. Tak tahan rasanya tekak ni, terminum air laut banyak sangat. Setelah minum aku kembali bertenaga, aku tidak berputus asa. Aku meneruskan renangan kembali. Tetapi situasi masih tidak berubah. Aku seolah-oleh berenang setempat saje! Langsung tidak dapat mendekati pantai. Tiba-tiba lalu sebuah jet ski. Betul-betul berhenti sebelah aku. Aku lihat ada seorang perempuan cina sedang berpaut pada belakang jet ski itu. Jet ski bomba rupanya. Dibelakang jet ski tu ada tempat berpaut. Ia direka sedemikian rupa untuk tujuan menyelamat. "urus setia suruh amik! deme hanyut!. Suara pegawai bomba tu berkata kepadaku. Aku tanya "kenapa?" Pegawai tu membalas "doh pak jang deme dalang lauk!" (dah 4 jam awak dalam laut) Apa? 4 jam? MasyaAllah! Patutlah aku rasa lain macam je..terlalu lama rupanya aku dah berenang. Mau makan 10km ni kalau cam ni!. Apa nak buat. Aku pun dengan rasa kecewa berpaut pada pemegang di belakang jet ski tu tanpa sepatah kata. Cukup kecewa. Beberapa ratus meter lagi menuju ke pantai pegawai bomba tu mencampakkan kami. Sampai di pantai, aku diberitahu lebih dari separuh peserta telah diangkut. Ini adalah disebabkan pada tahun ni ombak terlalu besar dan arus terlalu kuat. Menyebabkan kesukaran kepada peserta. Mana2 peserta yang biasa mencatat masa lebih dari 2 jam sebelum ni, semuanya ditolak kembali ke laut oleh ombak. Baru aku tahu sebabnya! Peserta yang mempunyai rekod 1 jam lebih, semuanya selamat menamatkan renangan.
Setelah aku tahu senarionya barulah hati yang kecewa terubat sedikit. Kesimpulannya memang ombak agak besar pada tahun ni...hu hu. Jumpa lagi Kapas Marang 2010!




Tuesday, April 7, 2009

Body Streamline

Bahasa teknikal renangnya 'body streamline'. Bahasa melayunya aku tak tahu. Pasal masa amik kelas renang dulu, coach bagi tau body streamline, aku pun sebut body streamline. Lepas tengok gambar ini, korang nak panggil apa, aku tak kisah. Kat bawah ni aku sertakan gambar macam mana yang dikatakan body streamline position. Hah! ini dia. (gambar pertama).
Gambar kedua plak menunjukkan posisi body streamline bila berada di dalam air. Best! Wa cakap! rasa macam terbang je bila buat macam tu..
Boleh ke kita dapat buat macam tu? Boleh. Perhatikan kedudukan kepala aku pada gambar kedua tu. Kepala aku betul2 berada di dalam air, memandang tepat ke arah lantai. Jika anda dapat memastikan kedudukan kepala yang sebegini, mesti anda dapati anda boleh terapung sebenarnya. Posisi kepala sebegini dipanggil 'hiding your head'. Sorok kepala dalam air.
Kesilapan kebanyakkan orang (yg tidak pernah ambil kelas renang) ialah kedudukan kepala mereka. Semasa berenang seringkali kita lihat kedudukan kepala mereka berada di atas air. Kedudukan sebegini tentunya tidak membantu kadar floating yang tinggi. Kaki mereka secara automatiknya akan tenggelam ke dalam air. Bila ini berlaku, mereka berenang dengan posisi melawan air yang banyak. (betul ke susunan ayat aku ni..?).
Pada keluaran akan datang aku tunjukkan apa atau bagaimana yang dikatakan posisi melawan air yang banyak!

Thursday, November 6, 2008

Pelajaran Pertama : Blow Bubbles

Alamak! lama aku tak update blog ni. Oklah ntuk mengetahui sebab2 lain kenapa anda perlu belajar berenang, anda bolehlah rujuk di sini Hari ini aku nak mulakan pelajaran pertama - blow bubbles.(juga dikenali sebagai bobbing) Jika anda pergi mana-mana kelas renang, inilah pelajaran pertama yang akan diajar. Kalau ada kelas lain yang terus ajar stroke, maknanya kemungkinan cikgu tu kurang berpengalaman. Kenapa aku cakap camtu? Sebab ini adalah permulaan kepada teknik pernafasan yang betul ketika berenang. Kalau bernafas pun tak betul, camna kita nak terus belajar stroke. Ingat! Dalam renang, pernafasan bermakna tenaga. Jika anda tiada tenaga, (datangnya dari nafas) bagaimana anda nak terus renangan? Ok cukup untuk itu. Aku fikir anda semua faham.
Kita mulakan kelas hari ini. Mula2 ambil nafas (inhale) dan tahan. Kemudian selam kepala anda secara keseluruhan ke dalam air. Di dalam air, hembuslah (exhale) nafas anda keluar. Kemudian naik semula ke permukaan. Ambil nafas melalui mulut. Tarik nafas sekali sahaja. Kalau anda berjaya melakukan dengan selesa, anda boleh ulang proses ni berkali-kali. Untuk menambah pemahaman anda, sila saksikan video demo di sini
Ok, cukup setakat ini dulu. Pelajaran yang akan datang ialah body stream line

Nota : setiap kali anda tarik nafas, anda hanya boleh tarik sekali sahaja.

Wednesday, October 22, 2008

Banjir..


Gambar ni aku amik dari surat khabar utusan 22 /10/08 Suasana banjir yang berlaku di Kampung Alor Gunung, Alor Star. Nasib banjir paras pinggang je. Soalan : sudahkah anda bersedia menghadapi situasi begini?

Berenang boleh menggemukkan ?

Kerap kali bila bertanyakan pada student dewasa, 'kenapa nak belajar berenang? Saya ada slip dics. Doktor suruh! Doktor kata baik untuk tulang belakang. 'Kenapa nak belajar berenang?' Saya ada sakit scoliosis, doktor suruh berenang!. 'Kenapa nak belajar berenang?' Saya ada asthma, saya ada penyakit resdung. Macam2 lah. Ada pulak jawapannya : Doktor kata saya gemuk sangat. Dia suruh berenang!. Untuk student yg tak kurus ni, aku bertanya kembali. Kenapa tak gi jogging je? Tak larat nak bawak badan. Lagi pun jogging sakit lutut.
Selain dapat cure penyakit2 tertentu ia sebenarnya merupakan aktiviti@sukan yang paling selamat dan sihat sekali diamalkan. Sesuai untuk semua peringkat umur. Hatta orang tua sekali pun. Berenang merupakan satu2nya aktiviti yang dapat menggerakkan seluruh anggota badan berbanding sukan lain. Dari hujung jari, tangan, kepala, peha sampailah hujung jari. Semuanya bergerak. Dan yang bagusnya, ia tidak memberi sebarang impak kepada badan kita. Kenapa pulak? Sebab struktur air yang unik, menjadi medium penampung berat badan kita. Tidak seperti jogging@berlari yang memberi impak pada lutut dan pergelangan kaki.
Eh! Apa kene mengena dengan tajuk dan gambar di atas? Ooo..itu mukaddimah je. Aku timbulkan persoalan di atas bersebab. Sebabnya ada satu orang bila aku suruh belajar berenang, dia tak mahu. Kenapa? Tanyaku . 'Saya pernah belajar berenang! Konon2 nak kuruskan badan. Tapi bukannya kurus, makin gemuk adalah'. Katanya. Betul jugak!. Bila anda berenang, anda boleh jadi sihat dan anda juga boleh jadi semakin gemuk. Keputusannya anda pilih. Mana satu. Eh eh, kenapa bleh jadi camtu? Sebab : Bila berendam lama-lama, badan menjadi semakin sejuk. Jadi untuk 'counter' sejuk tu, badan kita akan membakar lebih banyak tenaga. Kalau ada lemak2 yang berlebihan tu, semuanya digunakan.
Bila naik kolam, perut menjadi lapar yang teramat sangat. Bagi yang tak tahan nafsu, terus melantak semahu2nya. Biasa makan 1 pinggan, lantak 2 pinggan. Tak ke gemuk gitu? Perbetulan persepsi. Berenang tidak menggemukkan. Tapi melantak gila selepas berenang tu yang menggemukkan.