Monday, June 20, 2011

International Swimathon Kapas Marang 2011

Seperti biasa setiap bulan April, triathlonmalaysia akan menganjurkan pertandingan renang international swimathon Pulan Kapas Marang. Pada tahun ini ia diadakan pada 23-24 April. Tahun ni aku tak join. Tak cukup latihan. Pulak tu takut  kena ombak besar macam tahun 2009. Tapi masa pertandingan aku ada kat sana, saja-saja nak tengok. Pagi 24 April tu, tengok2 air cantik giler! Tenang macam air tasik. Alamak! Ruginya aku tak join. Rugi besar...menyesal tak daftar pun ada. Takpe, pujuk hati-tahun depan cuba join semula. InsyaAllah.
Kat sini aku letakkan beberapa gambar semasa aku ada kat sana masa hari pertandingan tu..Poyo je muka masa tengok peserta berlepas...

peserta mengkagumkan...zarif namanya. tabik sama lu...

sesi mempoyokan diri....di garisan permulaan

sebelum balik, sempat mempoyokan diri sekali lagi..


masa nak balik ke pantai dari pulau kapas...

skin dive...

peserta tak sabar nak berlepas sebelum mr.chan tiup wisel



Sunday, February 28, 2010

open water training - Pulau Giam

Pada 14 Feb 2010 yang lepas, aku dan beberapa orang lagi telah bertolak ke Pulau Pangkor untuk menjalani latihan renang open water. Kumpulan tak rasmi ni diketuai oleh En.Yusof. Beliau yang cadangkan tempat tu coz dia dah pergi ke sana sebelum ni. Sesuai!, katanya. Psst...Yusof ada tanah kat sana.
Kami bertolak dari Bandar Baru Bangi lebih kurang pukul 4.00 pagi. Sementara Yusof dan keluarga bertolak dari Teluk Intan. Kitaorang bertemu di R&R Teluk Intan lebih kurang pukul 8.00 pagi. Sarapan pagi kat situ dulu. Then selesai sarapan, terus menuju ke Lumut. Sampai Lumut, parking kete kat situ dan terus amik tiket Feri menuju ke Pulau Pangkor. Harga tiket tak mahal. RM10 seorang untuk perjalanan pergi dan balik.
Murah giler! Berapa jam perjalanan dalam feri, aku tak pasti. Sebab asyik lihat pemandangan sekeliling.
Lebih kurang setengah jam (agak2 je..)sampai di Pulau Pangkor. Yusof lead kitaorang dapatkan transport ke Pantai Teluk Nipah. Kami naik 2 van. Satu van sewanya RM20. Semua van sewa kat situ berwarna pink. Weird!
15 minit kemudian kami pun sampai di Pantai Teluk Nipah. Ada satu kem berhampiran. Chalet tempat penginapan. Mak oi! cuaca panas giler!
Tapi takpe! Alang2 dah datang, berenang sajelah. "Woit! Cepat tukar baju! bersedia mulakan latihan!"
Sebagai langkah keselamatan, Yusof menyewa satu kayak. Kami memilih untuk memakai fin@flipper. Dapat sampai laju sikit ke Pulau Giam. Boleh buat banyak laps. Alang2 dah sampai, takkan nak berenang satu lap je..
Jarak antar pantai Teluk Nipah dengan Pulau Giam, tidak dapat dipastikan dengan tepat. Kami agak2 je berdasarkan pengalaman. Lebih kurang antara 1 hingga 1.5 km. Sesuai sangat untuk latihan. Rasa2 kalau dekat, boleh buat banyak laps.
Laps yang pertama (pergi dan balik) rasa agak tidak selesa sikit coz banyak bot dan jet ski lalu lalang. Sekejap2 kene berhenti. Bagi laluan kat diorang! Ceh! Patutnya kitaorang yang dapat laluan.
Untuk laps yang seterusnya Yusof cadangkan kita sewa lagi satu kayak. 2 kayak kiri dan kanan, kami pulak berenang di tengah2. Selamat sikit. Dengan penambahan ciri keselamatan ini (2 kayak), kebanyakkan dari kami berenang 5 - 6 laps. Habis berenang, kesemua peserta dapat cenderahati - 'muka terbakar'. Ha ha!
Seronok giler. Puas hati dengan lokasi yang dipilih Yusof. Sop! lain kali kita pergi
lagi ek!


Gambar semasa kami berenang dari Pulau Giam kembali ke Teluk Nipah


Bergambar beramai-ramai selepas mendarat di Pulau Nipah! syok woo..perenang paling kecil ialah Lokman - darjah 6


Yaz sedang beraksi. Perenang lain, tidak dikenali..(tak nampak muka)

Friday, February 5, 2010

Putrajaya Night Marathon.



Ho, ho. Esok hari Sabtu 6hb Feb 2010. Ada event besar akan berlangsung.Pada sebelah malamnya aku akan ambil bahagian dalam larian. Amik kategori 21k. Target tamat larian bawah 2 jam 15 minit. Ini merupakan kali pertama aku masuk kategori 21k ni.
Sebulan lebih aku berlatih untuk larian ni. Harap2 latihan yang singkat tu membantu aku menamatkan larian dalam masa yang telah aku tetapkan.
Untuk peserta yang mengambil bahagian 42k dan 21k, mereka diberikan chip masa yang diletakkan di kasut. Peserta yang mengambil bahagian 7.7k dan Fun Run 5k,chip masa tidak diberikan. Kat sini aku pastekan gambar Runner Kit yang aku amik semalam. No.7216 berazam menghabiskan larian dalam masa ditetapkan. Kepada peserta yang akan bertanding aku ucapkan selamat bermarathon...jumpa di sana.



ps: latihan larian juga dapat membantu stamina dalam renang.

Thursday, December 31, 2009

Body Streamline - sambungan.


Esok cuti tahun baru. Aku ada masa sikit nak update blog renang ni. Hari ni nak sambung balik posting aku pasal body streamline. Semak posting pada bulan April 2009. (lama dah..) Aku ada letak gambar aku buat aksi body streamline dalam air. Sambungan kali ini aku nak tunjuk camne nak buat aksi camtu. Takkan tetiba boleh jadi macam tu kan?. Ok, masuk dalam kolam sekarang!Letakkan tangan di atas tebing kolam. Dalam gambar aku letak tu ada handrail kat tepi kolam. So kolam yang ada handrail, boleh pegang terus. bagi kolam yang takde handrail, boleh letakkan tangan pada tebing sahaja.
Kemudian cuba naikkan kaki ke permukaan air. Mesti tak boleh kan? Kalau macam tu minta tolong kawan sebelah naikkan! Ho ho.
Cakap ngan kawan "lepaskan kaki aku semula bila ko dah naikkan kaki aku kat permukaan air".
Anda akan dapati badan akan terasa terapung sekejab. Masa buat aksi ni syarat utamanya kepala mesti betul2 tenggelam tau!(tak boleh terapung lama coz takde momentum lagi) Ingat! Jangan keraskan badan semasa melakukannya. Mesti betul2 relax. Kalau anda keraskan badan, ini tidak akan membantu anda terapung. Ok! Kalau dah berjaya, ucapkan tahniah pada diri sendiri!
Berlatihlah selalu aksi ini sehingga anda betul2 rasa selesa melakukannya. Aku akan beritahu langkah seterusnya pada masa akan datang. Jenguk2 lah blog ini selalu ya..
Kalau tak sabar untuk pelajaran seterusnya boleh email aku kat bahagian 'hubungi'. Ada masa aku update cepat. Enjoy!
p/s : belajar berenang tak boleh tergesa-gesa, nanti tak jadi.

Tuesday, December 15, 2009

Takde citer renang yg nak distorykan pada hari ni. Just nak bagitau anak murid renang aku yg bernama Qayyim akan melanjutkan pelajaran ke UK tak lama lagi (mak dia da...)
Za (nama singkatan mak Qayyim) sambung belajar ke UK. Mereka pergi sekeluarga. 4 tahun. Maka Qayyim terpaksa berhenti kelas bersama aku.
Tahniah dari aku. Semoga berjaya. Gambar ni diambil masa makan kenduri di rumah Qayyim.



Yang ni plak Taqif. Adik Qayyim yang bongsu. Comel budak dia..