Monday, April 13, 2009

Swimathon Pulau Kapas Marang



Gambar 1 : bersama seorang rakan dan anak pd hari pendaftaran
Gambar 2 : peserta2 dari Bandar Baru Bangi
Gambar 3 :
sebelum pertandingan bermula
Gambar 4 : peserta2 berlepas

Hari ini tak ada tips untuk belajar renang. Hari ni nak cerita pasal pertandingan yg aku masuk. Pertandingan open water (laut terbuka). International Swimathon Pulau Kapas Marang 2009. Pertandingan yg dianjurkan oleh triathlonmalaysia.com dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu. Pertandingan seumpama ini telahpun diadakan selama 6 tahun berturut-turut. Tahun ini merupakan tahun yang kedua aku menyertainya. Saja suka-suka. Nak enjoy berenang tanpa sempadan kata orang. Ianya memakan jarak 6.5km. Bermula dari Pulau Kapas dan berakhir di Pantai Kelulut, Marang Terengganu.
Pada tahun ini jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 225 orang yang datangnya dari 11 negara. Yang paling gempak, ialah kehadiran seorang peserta dari USA. Kenapa aku kata gempak? Sebab dia datang ke sini menggunakan jet peribadinya sendiri semata-mata nak masuk pertandingan ni..kerja gila! Kan bagus kalau dia berenang saja kat kolam. Tapi itulah yang dinamakan minat. Minat memang boleh buat orang jadi 'gila'. Termasuklah aku. Dah tau tak boleh menang, tapi gatal nak masuk jugak! Mana nak menang, yang masuk tu kebanyakkan bekas-bekas perenang negara, perenang profesional, perenang-perenang dari kelab-kelab. Pendek kata hampir kesemua mereka ada latar belakang sebagai perenang. Aku? Hanyalah seorang insan yang boleh berenang ketika usia telah dewasa. Ala ala gitu....
Pada tahun lepas aku mencatat masa 2jam 56minit untuk kategori men 36-49 dengan menduduki tempat ke 39..hu hu. Bangga jugak aku yang tak ada latar belakang sebagai swimmer dari kecil.
Tahun ini aku berazam untuk memperbaiki catatan masa tahun lepas. Sekurang-kurangnya dapat menamatkan renangan dalam masa 2 jam 15 minit. Setelah berlatih selama 3 bulan, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Punya berdebar. Bila tembakkan dilepaskan sebagai menandakan pertandingan telah bermula, aku pun berenang dengan semangat. Bersaing beramai-ramai. Tetapi pada tahun ini aku dapati ombak terlalu besar. Arus terlalu kuat. Aku menghadapi masalah menetapkan laluan aku. Sekejap marking ballon berada di sebelah kiri, sekejap berada di sebelah kanan. Something is wrong ni, getus hatiku semasa sedang berenang. Aku dapati lambat sangat aku nak sampai. Pantai Kelulut nampak masih jauh, tapi aku rasa aku dah berenang terlalu lama. Aku gagahi juga meneruskan renangan aku. Terpaksa beb! Bukan boleh berhenti-henti macam naik basikal atau berlari. Berhenti berenang bermakna nak cari nahas! Akhirnya setelah berhempas pulas, aku dapati diri aku semakin menghampiri pantai kelulut. Aku dapat melihat khemah-khemah yg didirikan di pantai kelulut dengan jelas, aku dapat melihat penonton yang berada di tepi pantai dengan jelas. Aku dapat mendengar suara dari audio yang dipasang di pantai dengan jelas. Hati cukup gembira. Aku agak dalam 1km lagi aku akan sampai. Tetapi kenapa tiba-tiba aku dapati semua panorama itu semakin lama semakin jauh dan semakin jauh. Bukannya semakin dekat. Aku mula kehairanan. Bermimpikah aku? Tidak! tidak! Aku bukan bermimpi! Aku dalam pertandingan! Terus berenang! Terus berenang! Aku menguatkan semangat. Sedangkan tenaga aku semakin kurang. Aku sudah tak keruan. Aku tidak dapat berfikir lagi. Mungkin sudah terlalu lama berada di dalam air agaknya. Aku tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Sedang fikiran aku berkecamuk tu, lalu lah sebuah kayak di tepi aku. Apa lagi, aku terus jerit minta air. Tak tahan rasanya tekak ni, terminum air laut banyak sangat. Setelah minum aku kembali bertenaga, aku tidak berputus asa. Aku meneruskan renangan kembali. Tetapi situasi masih tidak berubah. Aku seolah-oleh berenang setempat saje! Langsung tidak dapat mendekati pantai. Tiba-tiba lalu sebuah jet ski. Betul-betul berhenti sebelah aku. Aku lihat ada seorang perempuan cina sedang berpaut pada belakang jet ski itu. Jet ski bomba rupanya. Dibelakang jet ski tu ada tempat berpaut. Ia direka sedemikian rupa untuk tujuan menyelamat. "urus setia suruh amik! deme hanyut!. Suara pegawai bomba tu berkata kepadaku. Aku tanya "kenapa?" Pegawai tu membalas "doh pak jang deme dalang lauk!" (dah 4 jam awak dalam laut) Apa? 4 jam? MasyaAllah! Patutlah aku rasa lain macam je..terlalu lama rupanya aku dah berenang. Mau makan 10km ni kalau cam ni!. Apa nak buat. Aku pun dengan rasa kecewa berpaut pada pemegang di belakang jet ski tu tanpa sepatah kata. Cukup kecewa. Beberapa ratus meter lagi menuju ke pantai pegawai bomba tu mencampakkan kami. Sampai di pantai, aku diberitahu lebih dari separuh peserta telah diangkut. Ini adalah disebabkan pada tahun ni ombak terlalu besar dan arus terlalu kuat. Menyebabkan kesukaran kepada peserta. Mana2 peserta yang biasa mencatat masa lebih dari 2 jam sebelum ni, semuanya ditolak kembali ke laut oleh ombak. Baru aku tahu sebabnya! Peserta yang mempunyai rekod 1 jam lebih, semuanya selamat menamatkan renangan.
Setelah aku tahu senarionya barulah hati yang kecewa terubat sedikit. Kesimpulannya memang ombak agak besar pada tahun ni...hu hu. Jumpa lagi Kapas Marang 2010!




0 comments: