Showing posts with label bodystreamline. Show all posts
Showing posts with label bodystreamline. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

Body Streamline - sambungan.


Esok cuti tahun baru. Aku ada masa sikit nak update blog renang ni. Hari ni nak sambung balik posting aku pasal body streamline. Semak posting pada bulan April 2009. (lama dah..) Aku ada letak gambar aku buat aksi body streamline dalam air. Sambungan kali ini aku nak tunjuk camne nak buat aksi camtu. Takkan tetiba boleh jadi macam tu kan?. Ok, masuk dalam kolam sekarang!Letakkan tangan di atas tebing kolam. Dalam gambar aku letak tu ada handrail kat tepi kolam. So kolam yang ada handrail, boleh pegang terus. bagi kolam yang takde handrail, boleh letakkan tangan pada tebing sahaja.
Kemudian cuba naikkan kaki ke permukaan air. Mesti tak boleh kan? Kalau macam tu minta tolong kawan sebelah naikkan! Ho ho.
Cakap ngan kawan "lepaskan kaki aku semula bila ko dah naikkan kaki aku kat permukaan air".
Anda akan dapati badan akan terasa terapung sekejab. Masa buat aksi ni syarat utamanya kepala mesti betul2 tenggelam tau!(tak boleh terapung lama coz takde momentum lagi) Ingat! Jangan keraskan badan semasa melakukannya. Mesti betul2 relax. Kalau anda keraskan badan, ini tidak akan membantu anda terapung. Ok! Kalau dah berjaya, ucapkan tahniah pada diri sendiri!
Berlatihlah selalu aksi ini sehingga anda betul2 rasa selesa melakukannya. Aku akan beritahu langkah seterusnya pada masa akan datang. Jenguk2 lah blog ini selalu ya..
Kalau tak sabar untuk pelajaran seterusnya boleh email aku kat bahagian 'hubungi'. Ada masa aku update cepat. Enjoy!
p/s : belajar berenang tak boleh tergesa-gesa, nanti tak jadi.

Tuesday, April 7, 2009

Body Streamline

Bahasa teknikal renangnya 'body streamline'. Bahasa melayunya aku tak tahu. Pasal masa amik kelas renang dulu, coach bagi tau body streamline, aku pun sebut body streamline. Lepas tengok gambar ini, korang nak panggil apa, aku tak kisah. Kat bawah ni aku sertakan gambar macam mana yang dikatakan body streamline position. Hah! ini dia. (gambar pertama).
Gambar kedua plak menunjukkan posisi body streamline bila berada di dalam air. Best! Wa cakap! rasa macam terbang je bila buat macam tu..
Boleh ke kita dapat buat macam tu? Boleh. Perhatikan kedudukan kepala aku pada gambar kedua tu. Kepala aku betul2 berada di dalam air, memandang tepat ke arah lantai. Jika anda dapat memastikan kedudukan kepala yang sebegini, mesti anda dapati anda boleh terapung sebenarnya. Posisi kepala sebegini dipanggil 'hiding your head'. Sorok kepala dalam air.
Kesilapan kebanyakkan orang (yg tidak pernah ambil kelas renang) ialah kedudukan kepala mereka. Semasa berenang seringkali kita lihat kedudukan kepala mereka berada di atas air. Kedudukan sebegini tentunya tidak membantu kadar floating yang tinggi. Kaki mereka secara automatiknya akan tenggelam ke dalam air. Bila ini berlaku, mereka berenang dengan posisi melawan air yang banyak. (betul ke susunan ayat aku ni..?).
Pada keluaran akan datang aku tunjukkan apa atau bagaimana yang dikatakan posisi melawan air yang banyak!