Sunday, February 28, 2010

open water training - Pulau Giam

Pada 14 Feb 2010 yang lepas, aku dan beberapa orang lagi telah bertolak ke Pulau Pangkor untuk menjalani latihan renang open water. Kumpulan tak rasmi ni diketuai oleh En.Yusof. Beliau yang cadangkan tempat tu coz dia dah pergi ke sana sebelum ni. Sesuai!, katanya. Psst...Yusof ada tanah kat sana.
Kami bertolak dari Bandar Baru Bangi lebih kurang pukul 4.00 pagi. Sementara Yusof dan keluarga bertolak dari Teluk Intan. Kitaorang bertemu di R&R Teluk Intan lebih kurang pukul 8.00 pagi. Sarapan pagi kat situ dulu. Then selesai sarapan, terus menuju ke Lumut. Sampai Lumut, parking kete kat situ dan terus amik tiket Feri menuju ke Pulau Pangkor. Harga tiket tak mahal. RM10 seorang untuk perjalanan pergi dan balik.
Murah giler! Berapa jam perjalanan dalam feri, aku tak pasti. Sebab asyik lihat pemandangan sekeliling.
Lebih kurang setengah jam (agak2 je..)sampai di Pulau Pangkor. Yusof lead kitaorang dapatkan transport ke Pantai Teluk Nipah. Kami naik 2 van. Satu van sewanya RM20. Semua van sewa kat situ berwarna pink. Weird!
15 minit kemudian kami pun sampai di Pantai Teluk Nipah. Ada satu kem berhampiran. Chalet tempat penginapan. Mak oi! cuaca panas giler!
Tapi takpe! Alang2 dah datang, berenang sajelah. "Woit! Cepat tukar baju! bersedia mulakan latihan!"
Sebagai langkah keselamatan, Yusof menyewa satu kayak. Kami memilih untuk memakai fin@flipper. Dapat sampai laju sikit ke Pulau Giam. Boleh buat banyak laps. Alang2 dah sampai, takkan nak berenang satu lap je..
Jarak antar pantai Teluk Nipah dengan Pulau Giam, tidak dapat dipastikan dengan tepat. Kami agak2 je berdasarkan pengalaman. Lebih kurang antara 1 hingga 1.5 km. Sesuai sangat untuk latihan. Rasa2 kalau dekat, boleh buat banyak laps.
Laps yang pertama (pergi dan balik) rasa agak tidak selesa sikit coz banyak bot dan jet ski lalu lalang. Sekejap2 kene berhenti. Bagi laluan kat diorang! Ceh! Patutnya kitaorang yang dapat laluan.
Untuk laps yang seterusnya Yusof cadangkan kita sewa lagi satu kayak. 2 kayak kiri dan kanan, kami pulak berenang di tengah2. Selamat sikit. Dengan penambahan ciri keselamatan ini (2 kayak), kebanyakkan dari kami berenang 5 - 6 laps. Habis berenang, kesemua peserta dapat cenderahati - 'muka terbakar'. Ha ha!
Seronok giler. Puas hati dengan lokasi yang dipilih Yusof. Sop! lain kali kita pergi
lagi ek!


Gambar semasa kami berenang dari Pulau Giam kembali ke Teluk Nipah


Bergambar beramai-ramai selepas mendarat di Pulau Nipah! syok woo..perenang paling kecil ialah Lokman - darjah 6


Yaz sedang beraksi. Perenang lain, tidak dikenali..(tak nampak muka)

1 comments:

benbaz said...

nak testing widget recent comment. Kuar tak..