Sunday, October 12, 2008

Sejarah Ringkas Renang..


Rupa-rupanya aktiviti renang ni telah bermula 4 ribu tahun yg lampau. Pengkaji sejarah telah membuktikan kewujudan aktiviti bermanfaat ni. Bukti ni boleh diperolehi melalui simbol hiroglif ( ape ke bendanya ni?), bukti pd seni arca purba kaum Assyria. Cerita2 dari lagenda Yunani juga ada menceritakan aktiviti renang ni. Selain dari itu dikatakan dalam kitab Injil juga terdapat bukti ini.
Pada zaman dulu, aktiviti renang ni telah menjadi satu daripada corak latihan dalam angkatan tentera Rom dan juga tentera Yunani. (mesti tentera laut ni...) Kemudian semakin lama aktiviti renang ni semakin berkembang dan popular.
Bila tiba pada zaman kelam Eropah, aktiviti ini telah diberhentikan. Camne cara dihentikan, tak pulak den tahu. Sebab apa diberhentikan? Sebab, ketika itu banyak penyakit menular (berjangkit la tu..) melalui air.
Pada era awal2 sejarah renang ni, ia bukanlah bertujuan untuk berlumba. Ia lebih kepada menguji ketahanan diri. Maka timbullah aktiviti menguji ketahanan diri menyeberangi selat Inggeris. Orang yang pertama berjaya menyeberangi selat ini ialah Captain Matthew. Beliau berasal dari Shropshire, England. Beliau telah berenang dari Dover, England ke Calais, Perancis. Menamatkan renangannya dlm masa 21 jam 45 minit.
Tetapi pada tahun 1956, Hassan Abd Rahim (orang Mesir beb! bukan org Inggeris) telah berjaya memecahkan rekod mamat Captain Matthew ni. Beliau berjaya memotong hampir separuh dari rekod Captain Matthew dengan mengambil masa hanya 10 jam 50 minit.
Sebelum tu, masa sukan renang ni telah popular di London, 2 orang asli telah dijemput menyertai sukan renang kat sana. Sorang nama Flying Gull (boleh terbang ke mamat ni?) dan sorang lagi nama Tobacco. Mereka dari Amerika Utara. Kedua-dua orang mamat ni, telah menggunakan gaya / stail mereka tersendiri. (Perenang kat London masa tu tak pernah tengok gaya ni..)
Turutan dari gaya renang orang asli ni, seorang perenang yang bernama Frederick Cavill telah memperbaikinya dan kemudian dengan selambanya menamakannya dengan nama 'the Australian Crawl'. Popular beb gaya renang orang asli ni...Kemudian pada tahun 1902, Richard (anak Cavill) telah menggunakan gaya crawl ni untuk berenang sejauh 100 ela dalam masa 58.6 saat.
Lepas tu timbul pulak Charles Daniels (perenang jugak). Beliau memperbaiki lagi gaya ni. Dan sebagaimana mamat Frederick ni, dengan selamba badaknya beliau menamakannya 'the American crawl'. Dengan gaya renang yg beliau perbaharui ini, berjaya memecahkan rekod Richard. Dalam jarak 100 ela, beliau telah mencipta rekod 54.8 saat (eleh! potong 4 saat je!)
Dipendekkan cerita, (malas nak tulis panjang2!) sekarang ni telah ada berbagai-bagai gaya. Gaya bebas, kuak dada, kuak kupu-kupu, kuak lentang, acara gaya medley individu (IM), acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti dan acara terjun junam.
Sebagai nota tambahan, acara2 yg disenaraikan di atas semuanya dipertandingkan dalam sukan Olimpik, sukan Komanwel, sukan SEA, SUKMA dan lain2 sukan. Itulah serba sedikit sejarah sukan yang aku dapat ceritakan. Itu pun setelah aku search internet. Kalau tak, aku pun tak tahu beb!

0 comments: