Friday, February 5, 2010

Putrajaya Night Marathon.



Ho, ho. Esok hari Sabtu 6hb Feb 2010. Ada event besar akan berlangsung.Pada sebelah malamnya aku akan ambil bahagian dalam larian. Amik kategori 21k. Target tamat larian bawah 2 jam 15 minit. Ini merupakan kali pertama aku masuk kategori 21k ni.
Sebulan lebih aku berlatih untuk larian ni. Harap2 latihan yang singkat tu membantu aku menamatkan larian dalam masa yang telah aku tetapkan.
Untuk peserta yang mengambil bahagian 42k dan 21k, mereka diberikan chip masa yang diletakkan di kasut. Peserta yang mengambil bahagian 7.7k dan Fun Run 5k,chip masa tidak diberikan. Kat sini aku pastekan gambar Runner Kit yang aku amik semalam. No.7216 berazam menghabiskan larian dalam masa ditetapkan. Kepada peserta yang akan bertanding aku ucapkan selamat bermarathon...jumpa di sana.



ps: latihan larian juga dapat membantu stamina dalam renang.

Thursday, December 31, 2009

Body Streamline - sambungan.


Esok cuti tahun baru. Aku ada masa sikit nak update blog renang ni. Hari ni nak sambung balik posting aku pasal body streamline. Semak posting pada bulan April 2009. (lama dah..) Aku ada letak gambar aku buat aksi body streamline dalam air. Sambungan kali ini aku nak tunjuk camne nak buat aksi camtu. Takkan tetiba boleh jadi macam tu kan?. Ok, masuk dalam kolam sekarang!Letakkan tangan di atas tebing kolam. Dalam gambar aku letak tu ada handrail kat tepi kolam. So kolam yang ada handrail, boleh pegang terus. bagi kolam yang takde handrail, boleh letakkan tangan pada tebing sahaja.
Kemudian cuba naikkan kaki ke permukaan air. Mesti tak boleh kan? Kalau macam tu minta tolong kawan sebelah naikkan! Ho ho.
Cakap ngan kawan "lepaskan kaki aku semula bila ko dah naikkan kaki aku kat permukaan air".
Anda akan dapati badan akan terasa terapung sekejab. Masa buat aksi ni syarat utamanya kepala mesti betul2 tenggelam tau!(tak boleh terapung lama coz takde momentum lagi) Ingat! Jangan keraskan badan semasa melakukannya. Mesti betul2 relax. Kalau anda keraskan badan, ini tidak akan membantu anda terapung. Ok! Kalau dah berjaya, ucapkan tahniah pada diri sendiri!
Berlatihlah selalu aksi ini sehingga anda betul2 rasa selesa melakukannya. Aku akan beritahu langkah seterusnya pada masa akan datang. Jenguk2 lah blog ini selalu ya..
Kalau tak sabar untuk pelajaran seterusnya boleh email aku kat bahagian 'hubungi'. Ada masa aku update cepat. Enjoy!
p/s : belajar berenang tak boleh tergesa-gesa, nanti tak jadi.

Tuesday, December 15, 2009

Takde citer renang yg nak distorykan pada hari ni. Just nak bagitau anak murid renang aku yg bernama Qayyim akan melanjutkan pelajaran ke UK tak lama lagi (mak dia da...)
Za (nama singkatan mak Qayyim) sambung belajar ke UK. Mereka pergi sekeluarga. 4 tahun. Maka Qayyim terpaksa berhenti kelas bersama aku.
Tahniah dari aku. Semoga berjaya. Gambar ni diambil masa makan kenduri di rumah Qayyim.



Yang ni plak Taqif. Adik Qayyim yang bongsu. Comel budak dia..

Tuesday, October 13, 2009

ironman putrajaya

Hari ini aku nak share ngan korang gambar2 masa ironman putrajaya. Keinginan nak melibatkan diri tu ada, tapi tang basikal tu yang tak larat yang belanja...dapat tengok dan amik gambar pun jadilah. Sebagai pembakar semangat! Kot2 ada yang bleh sponsor! Gambar 1, aku ngan kawan2(poyo je..) Gambar 2, peserta dari Malaysia yg aku kenal, Shahrom. Dia kene jerit ngan kawan2 - "woi! blatih kat oversea pun sampai lambat ke!"







Tuesday, April 14, 2009

video swimathon Kapas Marang 2009

video yang sempat anak aku rakamkan semasa ayahnya dan peserta lain berlepas.